Friday, April 23, 2010

MARI BERPANTUN

CIRI-CIRI
  • karangan berangkap
  • rangkap terdiri daripada dua,empat,lapan,sepuluh atau dua belas
  • dua kerat dan empat kerat
  • rima akhir a-b-a-b
  • mempunyai pembayang dan maksud

FUNGSI PANTUN

  • menghibur
  • memberi nasihat
  • menduga akal
  • meluahkan perasaan
  • menyedapkan cakap
  • media menyampaikan hasrat yang seni
  • penyampai rahsia yang tersembunyi

CONTOH PANTUN EMPAT KERAT:

sirih berlipat sirih pinang,

sirih dari pulau mutiara;

pemanis kata selamat datang,

awal bismillah pembuka bicara.

CONTOH PANTUN DUA KERAT:

hujung bendul dalam semak;

kerbau mandul banyak lemak.

TEMA PANTUN

  • adat dan resam manusia
  • agama dan budaya
  • budi
  • jenaka
  • teka-teki
  • nasihat/panduan
  • peribahasa
  • kias
  • kasih sayang
  • kepahlawanan

Wednesday, March 17, 2010

UJI MINDA

Baca petikan di bawah dan senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku bosan sekali tinggal di rumah dalam keadaan begini. Termangu-mangu keseorangan macam harimau dalam sangkar. Setiap hari aku kesunyian. Pagi-pagi lagi papa sudah keluar kerja.Papa keluar awal-awal. Kata papa, dia tidak mahu terperangkap dalam traffiv jam jalan raya.
Mama juga selalu tidak ada di rumah. Banyak kerja-kerja Pertubuhan Kaum Ibu yang dibuat oleh mama. Semalam, mama ke rumah Datin Kamariah di Taman Tun Dr. Ismail. Pagi tadi, selepas bersarapan, mama memberitahuku yang dia hendak ke pejabat pertubuhan. Ada mesyuarat khas dengan ahli jawatankuasa.
Mak Limah pula sibuk dengan kerja-kerjanya. Pada waktu pagi, dia menyiapkan sarapan. Lepas itu berkemas rumah. Teruk juga kerjanya. Timbul juga niat di hatiku untuk mengajak Mak Limah bercerita tentang dusun durian adiknya di Kajang. Niat itu kumatikan apabila melihat kesibukan kerjanya.


Monday, March 15, 2010

yang indah itu bahasa

KATA NAMA

  • kata nama am
  • kata nama khas
  • kata ganti nama